Tanaman Hidroponik
1. Hidroponik adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu perkataan ‘hydro’ bermaksud ‘air’ dan ‘ponos’ bermaksud ‘kerja’. Secara amnya hidroponik adalah aktiviti kerja air. Penanaman tumbuh-tumbuhan secara biasa di atas tanah dikenali sebagai ’geoponics’.
2. Tumbuh-tumbuhan dapat membesar dengan mendapat zat makanan dan air dalam bentuk larutan. Dalam sistem hidroponik, makanan dibekalkan kepada pokok melalui larutan baja yang dikenali sebagi larutan nutrien. Bekalan larutan nutrien yang seimbang membolehkan akar tumbuh dengan sempurna dan sihat. Ini akan menggalakan tumbesaran tumbuh-tumbuhan bagi pengeluaran daun dan pucuk. Namun demikian, pertumbuhan tanaman masih dipengaruhi pelbagai faktor seperti cahaya matahari, suhu, karban dioksida dan kelembapan persekitaran.
3. Sistem hidroponik ini telah mula memberi sumbangan kepada kemajuan industri dan pengeluaran sayur-sayuran.
4. Penanaman secara hidroponik merupakan satu kaedah pengeluaran sayuran moden dan berteknologi tinggi yang berpotensi untuk berkembang lebih maju di Malaysia sejajar dengan arus pembangunan ekonomi negara ke arah mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Kebaikan Dan Kelemahan Sistem Penanaman Secara Hidroponik
Kebaikan
-Hasil pengeluaran lebih berkualiti
· Pengeluaran hasil lebih tinggi berbanding tanaman atas tanah · Penggunaan baja dan air dengan lebih cekap · Tanaman mudah dikawal daripada jangkitan penyakit bawaan tanah · Tanaman dapat diusahakan sepanjang tahun iaitu tidak dipengaruhi oleh musim samada musim hujan atau panas · Tidak memerlukan kerja-kerja pembajakan tanah dan penyediaan batas · Tidak memerlukan kawasan luas · Tiada masalah rumpai seperti mana di atas batas tanaman · Kurang serangan serangga perosak tanaman kerana ditanam dalam rumah jaring kalis serangga · Mesra alam kerana tiada penggunaan najis haiwan dalam aktiviti pembajaan. |
Kelemahan
|
Penyediaan Tapak Tanaman Sayuran
Faktor pemilihan tapak
Sebelum memulakan projek tanaman sayuran, beberapa faktor perlu diberi perhatian.
· Permukaan tanah yang rata supaya memudahkan kerja-kerja penanaman sayuran.
· Terdedah kepada pancaran cahaya matahari dan tidak terlindung daripada sebarang naungan pokok.
· Berdekatan dengan sumber air seperti perigi, kolam, sungai atau taliair.
· Tanah yang subur mengandungi bahan organik dan bersaliran baik
· Berdekatan dengan jalan untuk memudahkan kerja pengangkutan peralatan, benih, baja, racun perosak dan memasarkan hasil.
Penyediaan Kawasan
Kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman termasuklah
a) menebang pokok
b) menebas
c) mengumpul rumpai
d) meratakan tanah
Menggembur tanah
Tanah boleh digembur dengan menggunakan mesin pembajak atau cangkul. Tujuan pembajakan tanah dilakukan adalah untuk memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah, memudahkan pembinaan batas serta menghapuskan rumpai dan organisma perosak tanaman.
Langkah-langkah pembajakan:
· Tanah digemburkan dengan menggunakan cangkul atau jentera pembajak sedalam 20-30 cm
· Biarkan tanah terdedah kepada cahaya matahari selama satu minggu. Ini adalah untuk mematikan rumpai dan organisma tanah yang berbahaya
· Menabur kapur untuk menurunkan keasidan tanah.
Membina Batas
Membina batas adalah untuk mengelakkan dari air bertakung dan membaikki pengudaraan tanah, memudahkan kerja penjagaan seperti merumput, menyiram serta mengawal perosak dan penyakit tanaman.
Ukuran batas yang hendak dibina bergantung kepada jenis sayuran yang hendak ditanam. Saiz batas yang sesuai adalah 100 cm lebar, 15 – 25 cm tinggi dan panjang batas mengikut keperluan. Jarak antara batas adalah 45 cm.
Pembajaan Asas
Membaja asas perlu dilakukan sebelum menanam. Baja asas yang sesuai ialah baja organik seperti tahi ayam yang reput, tahi lembu, tahi kelawar atau kompos. Baja asas ditaburkan di atas batas dengan kadar 5 kilogram untuk satu meter persegi (5kg/m²) dan kemudian digaulkan ke dalam tanah.
Sungkupan
Sungkupan adalah satu proses meletakkan bahan-bahan di permukaan batas seperti pelepah kelapa, rumput kering, plastik hitam silver shine dan jerami padi. Ia adalah bertujuan untuk mengelakkan hakisan tanah, kehilangan kelembapan tanah, kehilangan baja yang ditabur ke permukaan tanah dan mengurangkan pertumbuhan rumpai.