Elektrik dan Elektronik Tahun 5
1.0 Mengenal pasti nama, fungsi dan simbol komponen elektronik
2.0 Jom Buat Penyambungan Litar Elektronik
langkah-langkah membuat penyambungan litar elektronik
Ok murid-murid, sila ikut langkah-langkah yang berikut ya.. =)
1. Baca dan fahami Lukisan Skematik dan Lukisan Bergambar.
Cuba perhatikan betul-betul kedudukan komponen pada lukisan bergambar dan lihat simbolnya pada lukisan skematik. Perhati betul-betu tau.. Faham betul-betul ya adik-adik.. =)

2. Sediakan bahan, komponen dan alatan tangan.
3. Susun komponen di atas papan mengikut lukisan bergambar.
4. Tandakan kedudukan lubang skru komponen pada papan. Gunakan gerimit untuk membuat lubang.
5. Pasangkan bongkah penyambung, suis pisau dan pemegang bateri pada papan litar.
6. Ukur, potong dan jalur wayar. Kemudian sambungkan pada bongkah penyambung dengan menggunakan pemutar skru.
7. Sambungkan perintang tetap pada bongkah penyambung.
8. Sambungkan diod pemancar cahaya (LED) mengikut kutub yang betul.
9. Sambungkan perintang boleh laras.
10. Masukkan bateri pada kutub yang betul dan uji litar dengan memasang suis. Laraskan tombol perintang boleh laras dan perhatikan nyalaan LED.