Langkah-langkah Mengubah Anak benih:-
1. Anak benih di kotak semaian hendaklah dilakukan pengerasan beberapa hari dengan cara mengurangkan perlindungan secara berperingkat.
2. Kerja-kerja mengubah dilakukan sebaik-baiknya lewat petang atau awal pagi.
3. Kotak semaian hendaklah disiram terlebih dahulu bagi tujuan mengelakkan medium semaian pecah sewaktu mengubah.
4. Dengan menggunakan sudip tangan, cungkil anak benih dengan ketulan tanah yang terdapat di sekeliling akar.
5. Kerja-kerja tersebut hendaklah dilakukan dengan cermat untuk mengurangkan kerosakan akar.
6. Tanah di sekeliling anak benih hendaklah ditekan padat supaya akar mendapat pengangan yang kuat.

Pelbagai media semaian boleh digunakan . Campuran media yang biasa digunakan adalah tanah atas yang dicampurkan dengan bahan lain seperti bahan organik, pasir, habuk kelapa(cocopeat) dan sekam padi.
Medium semaian terdiri daripada tanah loam, bahan organik dan pasir sungai. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis medium dan kegunaannya.
Jenis Medium
Tanah Loam
Bahan Organik
Pasir Sungai
Berikut langkah menyediakan medium semaian

- Tanah biasa yang mengandungi tanah liat atau tanah kebun
- Menegapkan dan mengukuhkan anak pokok
Bahan Organik
- Reputan benda hidup seperti tanah bakar dan reputan najis haiwan
- Membekalkan sumber nutrien pada pokok
Pasir Sungai
- Pasir halus daripada sungai
- Memudahkan air mengalir dan udara beredar dalam medium
Berikut langkah menyediakan medium semaian
- Sediakan bahan untuk membuat campuran medium semaian.
- Dengan menggunakan baldi kecil, sukat bahan mengikut nisbah : 2 bahagian tanah atas, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir / 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir
- Longgokkan bahan di tempat kerja.
- Gaulkan bahan tersebut sehingga rata.
- Masukkan ke dalam bekas semaian dan ratakan permukaan medium.